Sunday 15 February 2015

Dah Bersawang

Wah dah lama xupdate blog ni....entah kenapa xupdate citer baru..wal hal masa mula2 buka blog ni kononnya nak rajin update sekurang2nya seminggu sekali...maybe sebab kekangan masa coz tahun lepas sibuk menjaga arwah abah yang sedang sakit... ya lah kita kena dahulu kan benda yang penting kan dan masa tu lah nak berbakti dengan orang tua....hmm maybe lepas ni akan try update citer yg menarik untuk dikongsikan bersama....tp tu just pandangan peribadi jek ah...

Thursday 28 November 2013

BANYAK BETUL MASALAH

Aku sejak upgrade ke iPhone 5s ni mcm2 masalah n dugaan aku hadapi.Tapi xada ah teruk mana pun. Asyik xbleh connect internet kek n kalo nak connect kena Reboot or tukar mode Aeroplane. Tapi xkan lah asyik nak kena wat mcm tue kan. Dulu guna 4S xada plak masalah mcm ni. Gi Maxis Danga Bay macam2 solution dia bagi n yg paling kelakar bila dia bagitau kalo guna iPhone mmg kena buat macam tue..pergghh ingat aku baru first time ke apa guna iPhone. So akhirnya Nano Sim ditukar.

Buat masa ni aku dah guna 3 Nano Sim still masalah sama berlaku..So hope Nano Sim yg ni xada lah masalah yang sama berlaku.

Thursday 5 September 2013

BIADAPNYA MEREKA NI...KENAPA PERLU TUKAR BENDERA??

Aku mmg marah betul dekat orang yang ingin menukarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Mereka sampai sanggup bawa bendera tue semasa ambang merdeka dekat Dataran Merdeka. Nasib baik lah ada seorang mamat ni rampas bendera tersebut dan tunjuk Jalur Gemilang bahawa itu bendera rasmi Malaysia. Aku merasakan yang Jalur Gemilang tu xperlu langsung ditukar. Jalur Gemilang tue dah sebati dengan rakyat Malaysia.

Ada segelintir yang mengatakan bahawa Jalur Gemilang tersebut lebih menonjolkan ke arah Barisan Nasional...What???serius ke korang....tang mana nampak arah BN kat Jalur Gemilang tue.....kalo ya pun xsuka BN xyah lah sampai mcm tue sekali....ni ada plak yg kata Jalur Gemilang ke arah Amerika...itu mmg xdinafikan lagi lah mmg hampir sama tp ada perbezaan.....tp mmg kebanyakan negara benderanya seakan-sama dengan negara lain. Malah Indonesia tue pun bendera dia sama dengan Monaco. Yang mewujudkan bendera Sang Saka Malaya tue korang xperasan ke bendera tue hampir sama dengan Singapura, Indonesia, Poland (cuma terbalik colour jek). Kalo korang nak ubah bendera tue nnt nampak ke arah korang plak....so utk tidak merumitkan keadaan better kekalkan jek ah bendera tue....Sang Saka Malaya tue nampak sangat buruk ok....

So aku berpendapat yang Jalur Gemilang tue tidak perlu di tukar langsung..Biarkan saja Jalur Gemilang berkibar megah sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia......

Tuesday 3 September 2013

HARGA MINYAK NAIK RM0.20

Berkuatkuasa 3 September 2013 Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sebanyak RM0.20 dari RM 1.90 ke RM2.10. So seperti biasa bila berlakunya kenaikan harga minyak mula lah rakyat jelata berkata-kata dan ada yang mula naik minyak. Ya lah aritu sebelum PRU 13 PM menafikan akan berlaku kenaikan harga minyak selepas PRU. Tapi sebaliknya yang berlaku. Kalo nak senang kata Rakyat tertipu lah. Kenaikan harga minyak ni disebabkan bagi menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan. PM kata kenaikan harga minyak ni akan menjimatkan RM1.1 bilion kewangan negara. Dia kata bukan aku yang kata. Tapi dia xumumkan plak apa yang akan dilakukan dengan wang penjimatan tersebut. Kalau dia nyatakan mungkin rakyat xbising kot.....mungkin lah kan...

Dan seperti biasa juga kalo berlaku kenaikan harga minyak orang ramai akan mula panik dan trus ke stesen minyak. So stesen minyak pun berlakulah kesesakan. Aku pun agak pelik ngan diorang nie...kenapa perlu serbu ke stesen minyak...Umpama minyak tue bleh tahan setahun jek kan...tapi setiap orang ada pendapat yang berbeza. Macam aku sejak dari dulu lagi mmg xkan berebut nak isi minyak kalo berlaku kenaikan. macam buang masa pun ada gak lah kan...hehehehe....

Aku merasakan kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisma baru agar subsidi kerajaan ni trus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja dan tidak dinikmati dengan oleh warga asing. Sebab diorang ni sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata nak dpt barangan murah di Malaysia berbanding di negara asal. Sudah tiba masanya kerajaan menetapkan agar semua barangan bersubsidi hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia atau pemastautin tetap atau yang mempunyai permit sahaja. Bagi rakyat negara lain yang hanya datang untuk membeli dan blah ke negara asal mereka perlu membeli ikut harga tidak bersubsidi. Tak kan lah hasil kita perlu dibelanjakan untuk orang lain. Negara kita ni xlah sekaya mana pun kan.

Aku mencadangkan agar setiap pembelian bersubsidi perlu ditunjukkan MyKad bagi melayakkan mereka menikmati barangan bersubsidi tersebut. Apa guna wujudkan MyKad canggih2 tapi kita x gunakan benda tue sebaik mungkin. tapi itu sekadar cadangan je lah. Sebab bagi aku kenapa hasil kerajaan perlu dikongsi dengan warga asing. Baik benda tue disalurkan terus kepada rakyat Malaysia sejati!!!! 

Kita tabah jek ah atas kenaikan harga minyak nie...Sebagai rakyat biasa terima jek ah ....xkan nak bereformasi bagai semata-mata kenaikan RM 0.20 kan....kalo naik RM 1.00 tue ok lagi lah...hehehe....Hope dengan kenaikan harga minyak ni barang-barang keperluan lain xnaik lah yek. Takut nanti semua harga barang naik so meningkatkan lah kadar Inflasi kita ni nanti.

 

Monday 2 September 2013

HARI YANG MENDUKACITAKAN BAGI PENYOKONG JOHOR

31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan bagi negara kita yang dicintai iaitu Malaysia. Tahun ni merupakan ulang tahun ke 56 pembebasan cengkaman penjajah terhadap negara kia. Pelbagai cara dan rundingan telah dibuat bagi merealisasikan hasrat untuk memerdekakan negara kita. Jadi jasa pejuang2 bangsa terhadap negara kita jangan lah kita lupakan. Lupakan perbezaan ideologi politik agar negara kita ni tidak akan dijajah sekali lagi. Tema Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku telah dipilih pada tahun ini. Ini mungkin rentetan serang pengganas di Lahad Datu yang telah mengorbankan anggota keselamatan negara kita. Agak tersentuh juga bila ada segmen menginti pejuang negara dalam perarakan kemerdekaan pada tahun ni. Sampa SPB Permaisuri Agong turut menitiskan air mata semasa persembahan tersebut. 

Berbalik kepada tajuk post aku ni, tarikh 31 Ogos ni pun memberi kesan terhadap penyokong Johor dimana kedua-dua pasukan dari negeri iaitu Johor dan Johor Darul Takzim FC telah tewas kepada lawan masing-masing dalam saingan peringkat kmpulan Piala Malaysia. Johor tewas kepada ATM 1-4 manakala JDTFC tewas kepada T-Team 1-2. Perlawanan antara Johor dengan ATM xbleh nak ulas sangat sebab tak nengok game tersebut. Tapi bagi game JDTFC aku rasa nasib tidak menyebelahi team JDTFC. 75 minit masa perlawanan dikuasai oleh JDTFC, banyak peluang yang berjaya dipatahkan oleh pihak lawan. Paling mengecewakan bila tewas di saat-saat akhir perlawanan. Perghhh menusuk kalbu beb. 

Tapi walaupun kedua-dua pasukan kebanggaan rakyat Johor ni tewas, aku dan BFF aku akan sentiasa support kedua-dua team. menang atau kalah kitaorang akan cuba sedaya mungkin untuk turun ke stadium. Tapi prinsip kitorang sama jek iaitu family first. Kalo ada majlis keluarga dan pada masa yang sama ada game kitaorang akan ke majlis keluarga terlebih dahulu. Semoga kedua-dua Pasukan dari Johor ni bangkit dalam game akan datang.

Friday 30 August 2013

JDT MENANG DAN JOHOR SERI

Selasa lepas aku dengan BFF aku sanggup meredah kesesakan lalu lintas ke Pasir Gudang semata-mata untuk memberiksan sokongan terhadap team Johor bagi saingan Piala Malaysia...Match aritu perlawanan antara Johor VS ATM yang berkesudahan 3-3....pergghh rugi siot dah baik-baik leading 2 goal bleh plak ketinggalan 2-3 dengan ATM...Nasib baik player Johor dapat samakan kedudukan so dapat lah 1 point kan dari xdapat langsung.. So untuk masa ini, team Johor berada dikedudukan kedua dibelakang Sime Darby dengan ketinggalan 1 mata dan masih lagi belum tewas perlawanan. Hope momentum ini berkekalan lah dan dapat layak ke peringkat Suku Akhir.... 

Pada hari yang sama juga ada match game team JDT VS T-Team kat Terengganu...time kat stadium Pasir Gudang aku dengan BFF asyik sibuk cari keputusan terkini dan akhirnya JDT menang dengan 3-2.. untuk dua game berturut-turut Super Safee telah menjaringkan goal setelah kemarau jaringan goal semasa Liga Super....good job Safee Sali....teruskan usaha mu....kami Johorean akan sentiasa berada di belakang Player team-team dari Johor....Johorean sokong both team ok...bukan setakat sokong team ada star jek tau......ok untuk JDT juga diorang berada di tangga kedua dibelakang PKNS....hope diorang kekalkan momentum kemenangan ini.....

Dalam sibuk bergembira dengan team2 Johor ada plak anasir-anasir luar yang sengaja nak dengki Johor ni kan....please lah wei boleh x jangan nak asyik denda persatuan bola sepak...undang-undang yang korang buat tue x selari dengan perdana bola sepak tau...FAMBangsat telah mengharamkan nyalaan flare dan balingan resit, tapi TMJ kata kat stadium di Johor semua yang dilarang oleh FAMBangsat tue dibenarkan memandangkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada penyokong....dengan tue FAM oit......kan stadium tue bawah kendalian PBNJ so suppose PBNJ lah yang tetapkan......kalo benda tue dinyalakan sampai mengganggu perlawanan ok tue boleh diterima lah kalo nak saman bagai. Masalahnya benda tue dibuat tanpa menganggu perlawanan k.....kenapa duit dah abis ke sampai nak sama selalu...nnt kalo stadium kosong balik baru tau.....terus xada sumber kewangan nnt....


Ok hope perlawanan masa 31 Ogos 2013 akan turut memberi keputusan yang baik kepada kedua-dua pasukan dari Johor ni...Johorean sentiasa berada di belakang kalian. #LuaskanKuasaMuJohor #DemiJohor #KepadaAllahBerserah #HidupMatiJohor #MerahBiruJohor

Tuesday 27 August 2013

AKHIRNYA AKU KELUAR BERAYA JUGA

Kenapa tajuk aku macam tu.....FYI aku masa raya tahun ni sejak raya pertama hingga 16 Syawal bersamaan 23 Ogos 2013 aku memang x gi ziarah rumah sesiapa pun...Kenapa plak x gi....sebab tahun ni memang xada mood nak beraya..Tambahan pula dengan bapa aku yang masih sakit so mmg xgi ah kunjung mengunjung rumah saudara tahun nie...rasa macam lain gak sebab xkemana-mana tapi nak wat macamana dengan keadaan abah aku yang sedang sakit xkan nak biarkan dia sorang2 kat rumah plak kan..

Tapi pada 23 Ogos tue baru lah aku dapat green light dari mak aku yang kasi aku keluar beraya ke rumah Cik Nelly  kat Ehsan Jaya....tue pun lepas aku settlekan apa yang patut kat bapa aku baru bleh pergi...ya ah nak suruh mak aku buat sendiri mmg xbleh ah kan....perghh punya lah syok aku dpt kuar beraya n then jumpa kawan-kawan....apa lagi memasing cerita lah citer-citer terkini...bergosip pun ada gak lah...

Then lepas tue ahadnya pada 25 Ogos aku first time keluar beraya ke rumah sedara...mak aku plak first dapat mengunjungi rumah saudara-mara untuk raya tahun ni...beraya lah kita ke FELDA Aping Timur.....yang penting tahun nie Hari Raya aku memang xberapa nak meriah berbanding tahun2 sebelumnya....xapa family first enjoy bila2 bleh kan....