Thursday 13 June 2013

Geram

Hari ni tetiba macam rajin nak tulis nukilan disini sebab nak meluahkan perasaan geram yang amat..Tapi kalo tulis pun macamlah boleh selesaikan masalah kegeraman aku tue kan. Firstly aku geram ngan abang aku sendiri yang semakin lama suka menyusahkan hidup aku serta mak aku. Perangai xnak berubah walaupun dah ditimpa pelbagai masalah. Kalo dia hanya menyusahkan diri dia sendiri xapa tapi ini melibatkan orang lain juga. Paling kesian kat anak-anak dia. Nasib baik lah diorang tu memang anak buah sendiri kan so nak tak nak kena gak tolong besarkan diorang. Kalo x diikutkan kesian pula kat diorang ni. Kerana mak bapak gaduh diaorang yang jadi mangsa... so hope sangat abang aku ni ubahlah perangai dia. Mula lah mencari pekerjaan yang bebetul sesuai untuk dia demi anak-anak dia yang semakin membesar.

Kedua pula aku geram dengan bos aku. Kenapa aku geram dengan dia??? ini semua berlaku sebab dia sering mengubah arahan dari semasa ke semasa. Sekejap kata lain...nnt 2 minit lagi kata lain..pastu petang cakap lain. Pleaselah mana satu nak ikut ini??Menyusahkan orang tau kalo macam ni.. Walaupun tau dia adalah BOS tapi dia mesti bagi arahan yang tepat bukan sekejap kata lain sekejap kata lain. Yang merana orang2 bawah nie lah....Lagi satu pula bos aku nie memang suka dekat staff yang suka bodek kat dia..Kalo sesiapa baik ngan dia sudah tentu orang tue akan dapat pengecualian dan keistimewaan. Ini bukan saja nak mereka-reka tapi memang dah terjadi kat aku. AKU ni memang sejak dari dulu xsuka budaya bodek-membodek ni sbb nampak sangat xada keikhlasan. Yang membodek ni pula depan bos Ya BOS tapi belakang BOS dikata dan dikutuk. Kalo aku memang depan dan belakang BOS aku kutuk. Mana aku kata Xnak aku akan kata Xnak. Buat apa nak berlakon bagai kan. Buat tambah dosa kalo ngata belakang2 orang ni.