Monday 3 October 2011

CETEK SANGAT KE PEMIKIRAN ORANG KITA

Kesian pulak aku nengok kat kat Pengarah-pengarah n produser kat Malaysia ni sebab nak buat Cerita or Filem kena berhati-hati. Kenapa lah ada lagi orang kita yang pendek akalnya. Aku rasa x semua orang kita nie mudah terpengaruh dengan TV. Kalo budak2 tue aku percaya lah. Baru-baru ni ada kata yang citer hantu beri pengaruh or bleh songsang kan akidah. Tang mana eh. Aku x berani nak ulas sangat. Sebab bagi aku cerita hantu bleh memberikan kesam seram x adalah sampai nak terikut2 nak guna bomoh. 

Pastu pasal drama Soffiya kat TV3 tu pun isu sebb beri tanggapan buruk kat orang Melayu. Ye ke? Come on ah. Macam tue pun bleh jadi isu ke. Benda tue memang banyak berlaku, bukan sekadar kepada orang melayu tapi semua kaum ada. Bagi aku cerita tue harus di jadikan PENGAJARAN dan bukannya untuk menjadi ikutan. Abis kalo macam tue Produser n Pengarah filem or drama nak buat citer apa uolsss. Boleh tak tukar minda korang tue. Negara kita makin maju dan sepatutnya orang kita dah bijak untuk memilih baik or buruknya.

Sunday 2 October 2011

MINGGU YANG MENGECEWAKAN

Minggu terakhir di bulan September merupakan minggu yang amat MENGECEWAKAN. Ada beberapaka perkara yang amat membuatkan aku rasa bahawa dunia ini tidak adil untuk aku. Hati ini ingin menangis dengan sekuat hati, tapi takut akan mengguriskan hati orang lain. Kawan-kawan ku sungguh busy so tak boleh nak meluahkan rasa terbuku di dalam hati. Kenapalah cubaan seperti ini melanda.

Cubaan pertama berlaku apabila aku tertipu dengan tindakan seseorang yang sebelum ini memberi jaminan kepada ibuku untuk membayar wang pinjaman yang menggunakan nama ku. Mula-mula memang happy sebab dia dah ada duit. Rupa-rupanya itu semua tipu dan dusta. Yang membuatkan aku marah dia kata x pernah pun cakap macam tue. So maknanya aku akan terlibat dengan hutang dalam tempoh 30 tahun. Aku seblum ni dah cakap ngan mak aku yang aku x nak sebab dia memang terkenal dengan janji-janji kosongnya. Tapi mak aku masih x nampak lagi. Malah aku sendiri di marahinya kerana x nak tolong. Apakan daya.........Sedih!!!!

Keduanya, aku baru dapat tahu yang sebenarnya orang yang ajak aku tukar suka sama suka ngan aku memberi alasan tipu bagi membolehkan dia terus stay tempat skrang. Memanglah aku kalo boleh nak ke daerah, tp aku kalo bleh nak bagi orang lain merasa juga. Sebab feel untuk bekerja di daerah x sama ngan duduk kat HQ ni. Mamat ni rpa2nya xnak bekerja di daerah sebab tau kerja kat daerah ni susah dan banyak kerja. Aku agak sedih kerana kebaikan aku untuk menolongnya di salah gunakan. Apa salahnya bagi alasan yang sebenarnya kalo nak minta aku tolong. Sekarang aku memang dan blacklist kan dia. Aku berharap agar KP JKM batalkan pertukaran aku skrang ni. Pertukaran sekarang ini hanya atas arahan Pengarah jek. Biar dia rasa. Aku tak kisah nak kerja kat mana pun.

Aku berharap sangat agar Minggu baru di bulan Oktober akan memberikan perkara2 yang terbaik kepada diriku. Aminn......