Friday 30 August 2013

JDT MENANG DAN JOHOR SERI

Selasa lepas aku dengan BFF aku sanggup meredah kesesakan lalu lintas ke Pasir Gudang semata-mata untuk memberiksan sokongan terhadap team Johor bagi saingan Piala Malaysia...Match aritu perlawanan antara Johor VS ATM yang berkesudahan 3-3....pergghh rugi siot dah baik-baik leading 2 goal bleh plak ketinggalan 2-3 dengan ATM...Nasib baik player Johor dapat samakan kedudukan so dapat lah 1 point kan dari xdapat langsung.. So untuk masa ini, team Johor berada dikedudukan kedua dibelakang Sime Darby dengan ketinggalan 1 mata dan masih lagi belum tewas perlawanan. Hope momentum ini berkekalan lah dan dapat layak ke peringkat Suku Akhir.... 

Pada hari yang sama juga ada match game team JDT VS T-Team kat Terengganu...time kat stadium Pasir Gudang aku dengan BFF asyik sibuk cari keputusan terkini dan akhirnya JDT menang dengan 3-2.. untuk dua game berturut-turut Super Safee telah menjaringkan goal setelah kemarau jaringan goal semasa Liga Super....good job Safee Sali....teruskan usaha mu....kami Johorean akan sentiasa berada di belakang Player team-team dari Johor....Johorean sokong both team ok...bukan setakat sokong team ada star jek tau......ok untuk JDT juga diorang berada di tangga kedua dibelakang PKNS....hope diorang kekalkan momentum kemenangan ini.....

Dalam sibuk bergembira dengan team2 Johor ada plak anasir-anasir luar yang sengaja nak dengki Johor ni kan....please lah wei boleh x jangan nak asyik denda persatuan bola sepak...undang-undang yang korang buat tue x selari dengan perdana bola sepak tau...FAMBangsat telah mengharamkan nyalaan flare dan balingan resit, tapi TMJ kata kat stadium di Johor semua yang dilarang oleh FAMBangsat tue dibenarkan memandangkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada penyokong....dengan tue FAM oit......kan stadium tue bawah kendalian PBNJ so suppose PBNJ lah yang tetapkan......kalo benda tue dinyalakan sampai mengganggu perlawanan ok tue boleh diterima lah kalo nak saman bagai. Masalahnya benda tue dibuat tanpa menganggu perlawanan k.....kenapa duit dah abis ke sampai nak sama selalu...nnt kalo stadium kosong balik baru tau.....terus xada sumber kewangan nnt....


Ok hope perlawanan masa 31 Ogos 2013 akan turut memberi keputusan yang baik kepada kedua-dua pasukan dari Johor ni...Johorean sentiasa berada di belakang kalian. #LuaskanKuasaMuJohor #DemiJohor #KepadaAllahBerserah #HidupMatiJohor #MerahBiruJohor

Tuesday 27 August 2013

AKHIRNYA AKU KELUAR BERAYA JUGA

Kenapa tajuk aku macam tu.....FYI aku masa raya tahun ni sejak raya pertama hingga 16 Syawal bersamaan 23 Ogos 2013 aku memang x gi ziarah rumah sesiapa pun...Kenapa plak x gi....sebab tahun ni memang xada mood nak beraya..Tambahan pula dengan bapa aku yang masih sakit so mmg xgi ah kunjung mengunjung rumah saudara tahun nie...rasa macam lain gak sebab xkemana-mana tapi nak wat macamana dengan keadaan abah aku yang sedang sakit xkan nak biarkan dia sorang2 kat rumah plak kan..

Tapi pada 23 Ogos tue baru lah aku dapat green light dari mak aku yang kasi aku keluar beraya ke rumah Cik Nelly  kat Ehsan Jaya....tue pun lepas aku settlekan apa yang patut kat bapa aku baru bleh pergi...ya ah nak suruh mak aku buat sendiri mmg xbleh ah kan....perghh punya lah syok aku dpt kuar beraya n then jumpa kawan-kawan....apa lagi memasing cerita lah citer-citer terkini...bergosip pun ada gak lah...

Then lepas tue ahadnya pada 25 Ogos aku first time keluar beraya ke rumah sedara...mak aku plak first dapat mengunjungi rumah saudara-mara untuk raya tahun ni...beraya lah kita ke FELDA Aping Timur.....yang penting tahun nie Hari Raya aku memang xberapa nak meriah berbanding tahun2 sebelumnya....xapa family first enjoy bila2 bleh kan....

Thursday 22 August 2013

Yeay Perlawanan Bola Sepak Malaysia Bermula Kembali

Kemeriahan bola sepak Malaysia dengan bermulanya saingan perlawanan peringkat Kumpulan...so bg aku dua team dari Johor menjadi tumpuan untuk bersorak iaitu Johor Darul Takzim FC dan juga team Johor....yeay laungan Luaskan Kuasa Mu Johor, Harimau Selatan serta pelbagai lagu dari Boys Of Straits mula berkemundang...rata-rata semua penyokong Johor dah hafal chant dari B.O.S ni......bila diorang mula berdiri seluruh stadium dah get ready untuk bersorak...paling dinantikan untuk melakukan Poznan dan juga lagu Setia Bersamau Johor......

Rata-rata semua penyokong di Johor rasa teruja dalam persaingan ini dan bersemangat menyorak kedua-dua team...tapi banyak fan luar cakap yg orang Johor sibuk sokong JDTFC jek sebab banyak player star...itu kata mereka tapi aku merasakan orang Johor menyokong kedua-dua team...diorang buat andaian mcm tue sebab stadium MPPG selalu kosong..tapi diorang tau x masa stadium tue kosong team Johor bermain pada waktu siang dan pada ketika itu semua orang sedang bekerja...kalo kat Terengganu main petang pun penuh sebab ari Jumaat diorang mmg cuti hujung minggu...so bila main malam semula MPPG kembali penuh

So lantak lah fan negeri lain nak kata apa....bagi aku ngan bff aku kitaorang sokong kedua-dua team....kitaorang akan tetap ke Pasir Gudang walaupun Pasir Gudang tue agak jauh n nak ke sana plak mmg jem ah.....lau highway PG ke or EDL kedua-duanya tetap jem...so aku berharap kedua-dua dari Johor ni akan menyinar dalam persaingan Piala Malaysia..banyak dah TMJ buat pelaburan dalam membangunkan bola sepak Johor kembali.....so semuanya terpulang kepada player....sebagai penyokong kitaorang bleh bagi sokongan penuh terhadp semua player...so Harimau Selatan kemali disegani di kancah bola sepak Malaysia.....

Luasakan Kuasa Mu Johor.....Harimau Selatan.....Kepada Allah Berserah

Unifi VS Streamyx

Ok guys sebelum ni pernah ku kata yg akan ganti internet di rumah dari Streamyx ke Unifi...so tanggah 16 Ogos orang TM pun datang buat pemasangan Unifi...so sebab ni semua dishare so kitaorang bersetuju amik plan VIP 20Mbps..Tamak sungguhkan....hahaha...so aku pun rasa xsabar nak balik umah time tue..masa berputar dengan slow aku rasa...bila tepat jam 5.00 petang trus aku blah dari opis

Bila dah sampai umah...

Tu dia.....mmg benar orang kata Unifi ni laju....begitu teruja aku menunggakannya....bukak youtube mmg dah xada buffering lagi dah kalo nengok yang HD....kat umah pun ada smart TV so bila try streaming Tonton kat smart tv tu dia secara berterusan tanpa ada sekat-sekat...so mmg puas hati lah...cuma skrang nie kitaorang tgh sibuk belajar guna phone yg diberikan..lain sikit penggunaannya....

So buat masa ni aku mmg rasa berpuashati sesangat ngan unifi...nak update apps kat iTunes mmg laju ah...dulu kalo nak torrent movie amik masa yang panjang untuk settle kalo fail tue besar...tp ngan unifi semuanya selesai dengan cepat dah mudah....so kalo rumah korang dah unifi better beralih kepada unifi mengikut kesesuaian penggunaan korang...mcm kat umah aku ni banyak sangat device yang ada so perlukan capasiti yang besar...katanya lah....hahaha

Tuesday 13 August 2013

Dari Streamyx ke Unifi

Akhirnya kawasan rumah aku ni ada Unifi setelah lama ku menanti.....buat masa skrang nie aku guna Streamyx jek sebagai provider internet rumah aku ni.....bukan nya x berpuashati dengan Streamyx cuma mahu menggunakan unifi plak sebab ramai kata unifi ni laju giler n line dia stable berbanding Streamyx....lagi plak member aku si Nurul pun ada guna Unifi nie n dia kata mmg puas hati ngan ngan Unifi...bukak youtube dengan video HD xada buffering langsung so itu yang aku plan nak beralih arah tue.

Pada mulanya nak guna kan kad OKU anak buah aku untuk daftar Unifi ni coz kalo kad OKU pakej dia harga berbeza....tapi rupa2nya untuk Unifi kad OKU bleh digunakan utk yg dah berumur 18 tahun keatas jek!!!WTF lah.....apa plak macam ni kan....so terpaksa ah berbincang semula ngan akak aku samada nak truskan ke tidak...so setelah membuat pelbagai kiraan kitaorang truskan ah niat murni kitaorang tue....TM plak call yang dia akan buat pemasangan hari Jumaat nie...wah xsabar rasanya....hope unifi ni merupakan pilihan terbaik....

Raya Oh Raya!!!!

Selamat Hari Raya semuanya.....setelah sebulan kita berpuasa now tiba masanya kita meraikan kemenangan....hehehe mcm lirik lagu pun ada......ok this year raya aku x ada lah semeriah tahun-tahun sebelumnya....kenapa???sebab tahun nie bajet xberapa nak masyuk kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan...kalo raya tahun lepas aku hantar baju sampai 4 pasang baju melayu tahun ni aku cuma buat sepasang baju melayu jek.....konon mcm berjimat tapi sebenarnya xada bajet.....huhuuh

Masuk hari ini dah 6 hari kita sambut syawal tapi aku masih tidak berkunjung ke rumah sanak saudara lagi....ni semua disebabkan abah aku yang masih sakit.....so kitaorang amik keputusan duduk rumah jek jaga abah....jadi kebanyakan sanak saudara yang berkunjung ke rumah....so mmulanya agak janggal juga lah sebb xberaya kemana2.....kirakan mcm tahun ni aku x beraya....huhuuh.....selalunya first raya mesti aku ke Singapore terlebih dahulu pastu gi umah sanak saudara n amik pic banyak2....paling best kitaorang mesti buat Jump Shot walaupun memasing sudah di mamah usia...hehehe...cousin2 aku yang lain pun kata tahun nie raya mcm x berapa nak best n diorang xada amik pic pun.....hehehe

Kemeriahan raya aku hanya berlaku semasa raya kedua iaitu semasa cousin2 aku dari Singapore datang....baru feeling raya beb time tue...aku ni lebih rapat dengan cousin sebelah mak aku yang kebanyakannya warga singapura.....sebelah bapak aku xberapa nak rapat sampai ada yg aku x tau nama pun ada (teruknya aku)....

Aku nie beructi sampati selasa jek so esok mula bekerja....ntah beraya dengan rerakan ke tidak aku tahun ni....maklumlah memasing dah ada kerjaya n family memasing kan...

Lastly aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-mara yang wish birthday aku masa 11 Ogos....semakin berusia lah aku nie tapi still single....ntah bila nak ada pasangan hidup pun xtau...hehehe