Wednesday 19 December 2012

Meriahkan Stadium Larkin

Sejak TMJ mengambil alih pucuk pimpinan PBNJ, minat untuk ke Stadium Larkin telah kembali lagi. Bila team Johor dapat masuk Piala Malaysia 2012 aku mula minat kembali ke Stadim. Mula-mula just nak bawa anak buah untuk merasai kemeriahan di stadium. Katanya xpernah nengok bola kat stadium. So sebagai pakcik yang baik hati ni (puji sendiri) bawa lah memenuhi impian anak sedara aku tue. So dia plak makin syok nak ke stadium so bawa jek lah kan. xapa lah belanja sikit anak2 buah kan.

Kembali kepada team Johor, Johor ada team iaitu satu bermain di Liga Super atas ticket kelab Darul Takzim FC dan satu team di Liga Perdana berstatus Negeri. Sebagai anak jati JOHOR aku akan support dua2 team Johor nie cuma memandangkan Team Johor di Liga Perdana main kat Pasir Gudang so aagak sukar untuk memberikan sokongan disana. Pada musim akan datang, TMJ telah ambil beberapa pemain ternama tempatan dan import. Ramai fan-fan luar dari Johor kecam atas tindakan Johor ni tp yang diorang sibuk apahal plak kan. Orang Johor xbising pun.

Bagi aku tindakan TMJ tue untuk pulihkan martabat bola sepak Johor yang telah sepi. Semoga kedua-dua Team Johor berjaya dalam mengharungi musim baru 2013. Tak kira menang atau kalah sokongan ku hanya untuk Johor. Hidup mati bersama Johor. Semoga Sorakan Larkin akan kembali bergema dengan meriahnya sepertimana tahun 90-an. Luaskan Kuasa Mu Johor....Go Harimau Selatan

Sunday 16 December 2012

Kini Kembali

Wah dah lama x post sesusatu kat blog. Hmm rasa macam malas sebelum ini tetapi kini tetiba rasa nak update blog plak. Sebelum ni susah nak update blog sebab PC di conquer oleh anak-anak buah yang sibuk bermain Blackshot sepanjang masa. Rasa bosan plak nengok diorang main game tu sepanjang masa. Dari pagi sampai lah sebelum nak tidur asyik game tue jek hadap diorang. Maklumlah cuti sekolah kan.

Tapi aku rasa bebudak skrang ni dah banyak x main permainan tradisional. Macam anak-anak buah aku nie langsung lah x pernah nampak main permainan tradisional. Asyik main game PC or iPad memanjang. Time aku bebudak dulu cuti sekolah banyak luangkan masa main bersama-sama rakan. Paling best main galah panjang.. tapi sekarang ni kalau kat area bandar memang susah nak nampak budak-budak galah panjang. Kat kampung x tau lah plak sbb aku memang x ada kampung. Tiba-tiba rindu plak zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan. Bila dah besar ni sibuk nak menjaga hal anak-anak orang plak.. Macam-macam lah skrang nie kan..

Dalam tempoh xpost apa-apa kat blog aku nie macam-macam perkara dah berlaku, gembira ada sedih pun ada

SEDIH :
Terpaksa gadaikan masa depan sekali lagi dengan buat pinjaman bagi selamatkan rumah atas kesalahan orang lain
Malaysia xdpt lagi pertahankan kejuaraan AFF
Perkahwinan abang dan kakak ipar aku menuju kehancuran. Hope diorang dapat cari jalan penyelesaian demi masa depan anak-anak diorang
Musim Durian kembali lagi....i hate durian
HRMIS yang agak hampeh...

GEMBIRA :
Akhirnya aku dapat beli laptop idaman aku iaitu Macbook Pro. Yeayyy
Dapat bercuti dengan ahli keluarga yang amat aku sayangi.
Dapat bawa anak buah aku merasai kemeriahan di stadium sebab dia mmg x pernah merasainya

Tu jek yang berlaku sepanjang x update blog nie ataupun aku dah lupa apa yang berlaku. Ok mungkin lepas ni akan lebih rajin update blog sebab dah ada Lappy sendiri dan x perlu berebut dengan anak-anak buah