Wednesday 19 December 2012

Meriahkan Stadium Larkin

Sejak TMJ mengambil alih pucuk pimpinan PBNJ, minat untuk ke Stadium Larkin telah kembali lagi. Bila team Johor dapat masuk Piala Malaysia 2012 aku mula minat kembali ke Stadim. Mula-mula just nak bawa anak buah untuk merasai kemeriahan di stadium. Katanya xpernah nengok bola kat stadium. So sebagai pakcik yang baik hati ni (puji sendiri) bawa lah memenuhi impian anak sedara aku tue. So dia plak makin syok nak ke stadium so bawa jek lah kan. xapa lah belanja sikit anak2 buah kan.

Kembali kepada team Johor, Johor ada team iaitu satu bermain di Liga Super atas ticket kelab Darul Takzim FC dan satu team di Liga Perdana berstatus Negeri. Sebagai anak jati JOHOR aku akan support dua2 team Johor nie cuma memandangkan Team Johor di Liga Perdana main kat Pasir Gudang so aagak sukar untuk memberikan sokongan disana. Pada musim akan datang, TMJ telah ambil beberapa pemain ternama tempatan dan import. Ramai fan-fan luar dari Johor kecam atas tindakan Johor ni tp yang diorang sibuk apahal plak kan. Orang Johor xbising pun.

Bagi aku tindakan TMJ tue untuk pulihkan martabat bola sepak Johor yang telah sepi. Semoga kedua-dua Team Johor berjaya dalam mengharungi musim baru 2013. Tak kira menang atau kalah sokongan ku hanya untuk Johor. Hidup mati bersama Johor. Semoga Sorakan Larkin akan kembali bergema dengan meriahnya sepertimana tahun 90-an. Luaskan Kuasa Mu Johor....Go Harimau Selatan

No comments:

Post a Comment