Tuesday 3 September 2013

HARGA MINYAK NAIK RM0.20

Berkuatkuasa 3 September 2013 Kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak sebanyak RM0.20 dari RM 1.90 ke RM2.10. So seperti biasa bila berlakunya kenaikan harga minyak mula lah rakyat jelata berkata-kata dan ada yang mula naik minyak. Ya lah aritu sebelum PRU 13 PM menafikan akan berlaku kenaikan harga minyak selepas PRU. Tapi sebaliknya yang berlaku. Kalo nak senang kata Rakyat tertipu lah. Kenaikan harga minyak ni disebabkan bagi menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan. PM kata kenaikan harga minyak ni akan menjimatkan RM1.1 bilion kewangan negara. Dia kata bukan aku yang kata. Tapi dia xumumkan plak apa yang akan dilakukan dengan wang penjimatan tersebut. Kalau dia nyatakan mungkin rakyat xbising kot.....mungkin lah kan...

Dan seperti biasa juga kalo berlaku kenaikan harga minyak orang ramai akan mula panik dan trus ke stesen minyak. So stesen minyak pun berlakulah kesesakan. Aku pun agak pelik ngan diorang nie...kenapa perlu serbu ke stesen minyak...Umpama minyak tue bleh tahan setahun jek kan...tapi setiap orang ada pendapat yang berbeza. Macam aku sejak dari dulu lagi mmg xkan berebut nak isi minyak kalo berlaku kenaikan. macam buang masa pun ada gak lah kan...hehehehe....

Aku merasakan kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisma baru agar subsidi kerajaan ni trus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja dan tidak dinikmati dengan oleh warga asing. Sebab diorang ni sanggup meredah kesesakan lalu lintas semata-mata nak dpt barangan murah di Malaysia berbanding di negara asal. Sudah tiba masanya kerajaan menetapkan agar semua barangan bersubsidi hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia atau pemastautin tetap atau yang mempunyai permit sahaja. Bagi rakyat negara lain yang hanya datang untuk membeli dan blah ke negara asal mereka perlu membeli ikut harga tidak bersubsidi. Tak kan lah hasil kita perlu dibelanjakan untuk orang lain. Negara kita ni xlah sekaya mana pun kan.

Aku mencadangkan agar setiap pembelian bersubsidi perlu ditunjukkan MyKad bagi melayakkan mereka menikmati barangan bersubsidi tersebut. Apa guna wujudkan MyKad canggih2 tapi kita x gunakan benda tue sebaik mungkin. tapi itu sekadar cadangan je lah. Sebab bagi aku kenapa hasil kerajaan perlu dikongsi dengan warga asing. Baik benda tue disalurkan terus kepada rakyat Malaysia sejati!!!! 

Kita tabah jek ah atas kenaikan harga minyak nie...Sebagai rakyat biasa terima jek ah ....xkan nak bereformasi bagai semata-mata kenaikan RM 0.20 kan....kalo naik RM 1.00 tue ok lagi lah...hehehe....Hope dengan kenaikan harga minyak ni barang-barang keperluan lain xnaik lah yek. Takut nanti semua harga barang naik so meningkatkan lah kadar Inflasi kita ni nanti.

 

No comments:

Post a Comment