Monday 2 September 2013

HARI YANG MENDUKACITAKAN BAGI PENYOKONG JOHOR

31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan bagi negara kita yang dicintai iaitu Malaysia. Tahun ni merupakan ulang tahun ke 56 pembebasan cengkaman penjajah terhadap negara kia. Pelbagai cara dan rundingan telah dibuat bagi merealisasikan hasrat untuk memerdekakan negara kita. Jadi jasa pejuang2 bangsa terhadap negara kita jangan lah kita lupakan. Lupakan perbezaan ideologi politik agar negara kita ni tidak akan dijajah sekali lagi. Tema Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku telah dipilih pada tahun ini. Ini mungkin rentetan serang pengganas di Lahad Datu yang telah mengorbankan anggota keselamatan negara kita. Agak tersentuh juga bila ada segmen menginti pejuang negara dalam perarakan kemerdekaan pada tahun ni. Sampa SPB Permaisuri Agong turut menitiskan air mata semasa persembahan tersebut. 

Berbalik kepada tajuk post aku ni, tarikh 31 Ogos ni pun memberi kesan terhadap penyokong Johor dimana kedua-dua pasukan dari negeri iaitu Johor dan Johor Darul Takzim FC telah tewas kepada lawan masing-masing dalam saingan peringkat kmpulan Piala Malaysia. Johor tewas kepada ATM 1-4 manakala JDTFC tewas kepada T-Team 1-2. Perlawanan antara Johor dengan ATM xbleh nak ulas sangat sebab tak nengok game tersebut. Tapi bagi game JDTFC aku rasa nasib tidak menyebelahi team JDTFC. 75 minit masa perlawanan dikuasai oleh JDTFC, banyak peluang yang berjaya dipatahkan oleh pihak lawan. Paling mengecewakan bila tewas di saat-saat akhir perlawanan. Perghhh menusuk kalbu beb. 

Tapi walaupun kedua-dua pasukan kebanggaan rakyat Johor ni tewas, aku dan BFF aku akan sentiasa support kedua-dua team. menang atau kalah kitaorang akan cuba sedaya mungkin untuk turun ke stadium. Tapi prinsip kitorang sama jek iaitu family first. Kalo ada majlis keluarga dan pada masa yang sama ada game kitaorang akan ke majlis keluarga terlebih dahulu. Semoga kedua-dua Pasukan dari Johor ni bangkit dalam game akan datang.

No comments:

Post a Comment