Thursday 15 September 2011

Mengimbau Kisah Lama di Port Dickson

Last week merupakan minggu yang ku nantikan2 iaitu datang ke PD untuk menghadiri kursus. Bukan sebab gembira dapat gi kursus tetapi gembira dapat jejakkan kaki di Port Dickson. Kenapa? sebab ia mengimbau kembali kisah suka dan duka semasa bekerja di PKMD Port Dickson. Bila aku sampai jek ke PD pertama skali aku ke pejabat lama. Berjumpa rerakan lama memang seronok. Rasa seperti MENYESAL minta tukar ke Johor. Dekat sini lah aku belajar bagaimana kerja sebagai seorang staff Kebajikan..Banyak sangat kerenah Klien JKM ni.

Apabila berborak bersama rakan lama, aku berasa sedih sangat. Dulu suka dan duka berkongsi bersama. Kitaorang bercerita segala perjalanan kerja di sini. Paling x dilupakan semasa bekerja masa Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Banyak cabaran dan dugaan.Tapi kitaorang bersetuju bahawa masa tuelah keakraban staff semakin erat. 

Pada masa yang sama juga aku menikmati makanan yang aku suka semasa di PD iaitu kerabu ikan bilis. Nampak macam simple tapi mmg sedap. Aku x jumpa lagi kat JB ni. Yang paling penting sekali aku dapat makan Ice Room iaitu Mango Pamelo. Pergh Sungguh mengasyikkan. Aku cuma terkilan sebab x dapat gi pasar malam Batu 4 dan makan kat Warung Pak Leh.

Owh lupa plak nak cerita pasal kursus. Aku dan rerakan yang lain menghadiri Kursus Notis Usul yang mana ia merupakan perkara yang baru kepada staff JKM. Fun juga lah n memeritkan. Maklumlah kena buat praktikal depan Hakim sebenar ok. Yang best masa kat Kursus ni sebab dapat jumpa rerakan dari JKM Negeri Sembilan. dulu banyak belajar dari diorang semua nie.

Pada waktu yang sama aku ke KL juga pada hari isnin. Jenjalan KL plak sebab dah lama x ke KL. Dulu masa kat PD sebulan sekali pasti akan jejakkan kaki ke KL. Aku just jalan area Bukit Bintang jek and yang penting dapat makan kat Carl's Junior. 

Before balik ke JB aku singgah kembali ke opis lama dan breakfast dan lunch bersama mereka. That moment memang sungguh sedih sebab lepas nie bila lagi nak breakfast ngan diorang. Yang pasti journey ke PD aritu memang best dan seronok. Aku pasti akan datang kembali ke Port Dickson berjumpa mereka... Tapi bila plak mereka nak datang ke JB jumpa aku kan????

1 comment:

  1. aku pun teringat gak masa 1st time jumpa ang kn..kat PD jugak..hehehe..kursus induksi..best,best, best..PD memang best..

    ReplyDelete