Friday 30 September 2011

Sungguh Mengguris Hati

Baru-baru ni Ketua Menteri Pulau Pinang ada mengeluarkan kenyataan di mana negeri Johor adalah tidak selamat dan kebarangkalian untuk diculik adalah tinggi berbanding Pulau Pinang. OMG!!! Tergamaknya kata begitu kepada rakyat Johor. Aku tak pasti kenapa dia kata sedemikian lupa. Jeles ke kerana Johor dah dpt FDI yang lebih tinggi banding P.Pinang. Adakah itu kenyataan peribadinya atau mewakili DAP?

Bagi aku dekat mana-mana sekalipun di dalam dunia Jenayah tetap akan berlaku. So mungkin kenyataan Lim Guan Eng tu betul tapi tak payah ah mention macam tue sekali. Macam Johor ni tempat pusat kegiatan jenayah. Lagi pula Johor nie pun sebahagian Malaysia walaupun bukan di tadbir DAP. Dia sebenarnya pada masa yang sama menjatuhkan maruah Malaysia gak.

Sebenarnya kenyataan LGE tu lebih ke arah politik sebenarnya (pandangan aku ah). Dia sebenarnya nak marah kerajaan pusat yang dikuasai BN. Memandangkan Johor nie kawasan pemerintahan BN dan berdekatan dengan Singapura, tue yang mungkin dia main sembur jek. Sepatutnya, dengan suasana PRU 13 yang makin hampir, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan macam tue sebab berkemungkinan boleh hilang undi. Bukan ke DAP dah dapat 2 kawasam DUN di Johor yang sebelum ini adalah kubu kuat BN. Beliau sepatutnya berusaha dengan lebih baik lagi untuk memenangi hati rakyat Johor untuk undi DAP. Tapi kenyataan dia itu MUNGKIN meningkatkan KEMARAHAN rakyat Johor dan tidak akan undi DAP.

Aku ni tidak berpihak ke mana-mana Parti. yang mana bawa kebaikan dalam Manifesto dia untuk majukan Malaysia. Rakyat Malaysia ni dah pandai untuk buat pertimbangan sendiri. Jadi Politician di Malaysia ini harus berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi memenangi hati rakyat. Tapi dengan kenyataan LGE ini telah menyebabkan aku tidak akan undi DAP. Kira aku masih ada peluang untuk mengundi BN, PAS, PKR atau sesiapa pun masa PRU 13.... Sila jaga tatasusila semasa berkempen ya...jangan kuarkan statement yang boleh menjatuhkan parti korang sendiri....

No comments:

Post a Comment