Tuesday 20 September 2011

POLITIK MALAYSIA SUNGGUH MEMBOSANKAN!!!

Sejak akhir-akhir ni Politik Malaysia aku nengok semakin mengeluarkan isu-isu bodoh yang menunjukkan yang diorang ni cetek pemikiran. Kadang-kadang nak gelak pun ada. Janganlah nak tunjuk awak tu x pandai.hehehe Jangan Marah.

Baru-baru ini salah seorang ahli politik PAS menggelarkan bahawa Mat Indera dari PKM merupakan seorang wira kerana menyerang polis British di Bukit Kepong. Kalo pemikiran yang cetek seperti ahli PAS tue memang kita akan menganggap yang Mat Indera tue adalah seorang wira kerana menyerang Polis British. Tetapi kalo difikir secara teliti  Mat Indera bukan wira. Kenapa aku cakap macam tu (just pandangan jek) 1. Polis British yang dilantik tue adalah orang Tanah Melayu dan dilantik bagi menjaga keamanan Tanah Melayu, so should be merupakan seorang yang menjaga keamanan bukannya menjajah. 2. PKM merupakan parti komunis dan ianya meruapakn organisasi yang ganas, so orang yang ganas bleh dianggap wira ke? (fikir sendiri eh) Ini just pandangan aku jek.

Lepas tue ahli politik dari PAS juga kata agar sejarah kita dikaji semula kerana kebanyakannya sejarah yang diajar lebih menunjukkan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan....giler ke apa? habis aku dan yang lain2 nak kena belajar balik sejarah ke apa. Bukan ke UMNO ditubuhkan pada 1946 n pada masa tue wujud nasionalisme yang tinggi penduduk Tanah Melayu untuk menentang penubuhan Malayan Union. Manakala PAS pula wujud 1951. So tak salah lah kalo sejarah kita banyak dipelopori oleh UMNO.

Yang terbaru, ada politik dari DAP nak ubah Jalur Gemilang kalo dapat amik alih Putrajaya.erk perlu ke????Motif nak tukar??Menurut ahli politik tersebut Jalur Gemilang lebih ke arah Barisan Nasional. BODOH kan statement ko tue. Bendera ni wujud before BN ditubuhkan.Sebelum n selepas merdeka BN dikenali sebagai Parti Perikatan. Belah mana yang nampak BN nya kat Jalur Gemilang tue....tak ada pun nampak logo dacing. Macam mana lah orang nak undi ko kalo ko wujudkan isu yang agak BODOH.

So kepada semua ahli Politik di Malaysia tidak kira Kerajaan or Pembangkan, sila wujudkan isu yang lebih baik kalo nak tarik undi rakyat ya. Kemukakan lah manifesto yang hebat untuk pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment